Monday, December 06, 2010

singkat

tiba-tiba aku tersandar geletak raga seketika
membasmi akal nan sedari tadi beramarah 
lalu kutimbun dengan sejuta lantun bahasa
mengukur waktu dalam ruang ini... untuk mu sepi

bualan ku sudah terlalu
jauh membumbung hanyut
tak khayal terkapar
dan sia-sia

Jika waktu sebilah sembilu
aku tlah menyayat membunuhmu

sebatang ilalang berkerumun sepi
tak begitu sahaja hingga hadirlah cinta
dan bukan nista bergelimah hina

semalaman kuiring kelam hingga bulan terjemahkan
bayu sekeliling ku yang tak bisu
namun aku yang ngilu dan aus menjadi serpihan
kusulam menjadi sandaran embun pagi ini.. semoga

sungguh tak terduga menjadikannya
hasrat terjerat singkat oleh laknat
aku lupa... cinta...
kau yang membuat ku ada

No comments:

Post a Comment