ANDAINYA LELAKI ITU TAHU…
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawali perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bertengkar.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertengkaran yang terjadi.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berbicara banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risau,
tapi dia mau agar lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mau menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percaya terhadap anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayang akan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mau yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mau dibujuk dengan uang rupiah
atau hadiah satu triliyun,
tetapi cukup dengan perhatian
yang bisa membuat perempuan merasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak mencintai
tetapi dia mau lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar bermaksud demikian adanya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya ingin menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ada lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan selalu membuat sebal,
dia bukan bermaksud untuk membuat sebal
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenanya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai tahu caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mau menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda lagi.
Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawali perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sesungguhnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbedaan yang unik.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di balik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat dan damai bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah karenanya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan berjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak-anak anda.
ANDAI PEREMPUAN ITU TAHU…
Andainya perempuan itu tahu…
Dalam hati seorang lelaki
Ada naluri untuk disayangi jua
Ada rasa ingin diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada masa-masanya minta ditemani kesedihan
Andainya perempuan itu tahu….
Aadakalanya lelaki minta dipujuk juga
Marah seorang lelaki bukannya membenci
Sedih seorang lelaki harus diselami
Gembira seorang lelaki adalah untuk temannya
Andainya perempuan itu tahu…
Di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Walau dalam egonya
Hanya perlu sedikit rasa tahu
Agar rasa kasih itu terasa wujud
Walau saat jauh
Karena andainya perempuan tahu..
Hati itu akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang lelaki
Wujudkah cinta itu di hati perempuan
Bila saat jauh tanpa kabar
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap di hati seorang lelaki
Biar pun berkali-kali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah…
Sumber : alih bahasa Malaysia ke bahasa Indonesia “Tinta Pena Naura”
http://suhartipustakawan.wordpress.com/2012/04/17/andainya-lelaki-dan-wanita-tahu/
image by Jayantara@deviantart.com